Pasangan kekasih bebas tuduhan edar dadah

Pasangan kekasih bebas tuduhan edar dadah

Pasangan kekasih bebas tuduhan edar dadah
– Foto hiasan mahkamah

KUALA LUMPUR: Pasangan kekasih terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 1.2 kilogram (kg) di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Hakim K Muniandy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Tan Kah Soon, 49, dan teman wanita warga Thailand, Pattarathida Petcharanon, 39, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama mengedar dadah berbahaya masing-masing jenis Ketamin seberat 561.6 gram (g) dan Methamphetamine seberat 647.1 gram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Taman Desa Petaling di sini jam 10.50 malam, 9 November 2021.

Oleh itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika tidak dihukum mati boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan.

Terdahulu dalam penghakimannya, Muniandy berkata, terdapat kelemahan ketara dalam kes pendakwaan, termasuk isu berkaitan rantaian simpanan (chain of custody) bahan bukti serta jurang masa yang tidak dijelaskan antara penemuan bahan dan penghantaran ke makmal untuk analisis.

“Bukti saintifik yang dikemukakan menimbulkan keraguan munasabah terhadap identiti dan kesahihan bahan berbahaya itu serta hubung kaitnya secara langsung dengan kedua-dua tertuduh,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Sivahnanthan Ragava.

 

Pasangan kekasih terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker