Noraqilah – Nur Aina sasar pingat di BAJC
Noraqilah – Nur Aina sasar pingat di BAJC

Kuala Lumpur: Beregu wanita remaja negara, Noraqilah Maisarah Ramdan-Nur Aina Maisarah Hatta meletakkan sasaran untuk membawa pulang pingat pada Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Solo, Indonesia bermula Jumaat ini.
Menyedari bakal berdepan lawan mencabar, pasangan yang baru digandingkan pada April lalu itu tetap optimis mampu mara jauh dalam kejohanan itu selepas menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa pertandingan sebelum ini.
Antaranya di Terbuka Slovakia pada Mei lalu apabila mereka mara ke final selain ke suku akhir di Terbuka Austria dan Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia.
“Kami tidak sangka boleh sampai ke perlawanan akhir di Slovakia kerana masih pasangan baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selain itu, mereka mengakui tumpuan kini lebih terarah kepada pasangan pilihan, Dania Sofea Zaidi-Low Zi Yu dan itu dilihat sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan buat mereka.
Bagi Noraqilah, Dania-Zi Yu sudah pasti akan diberikan perhatian memandangkan mereka memenangi pingat perak pada Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu, sekali gus dilihat bakal menjadi pencabar utama pada edisi kali ini.
“Dania-Zi Yu adalah pasangan pilihan dan saya rasa semua perhatian akan tertumpu kepada mereka.
“Bagi kami, tiada tekanan. Jadi kami akan berikan yang terbaik dan buktikan kami layak berada di pentas ini,” katanya.
Kejohanan itu akan membuka tirai dengan acara berpasukan campuran dari 18 hingga 22 Julai, diikuti saingan individu bermula 23 hingga 27 Julai.
Noraqilah – Nur Aina sasar pingat di BAJC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.