Malayan Tigress B-15 menang akhirnya di Sydney
Malayan Tigress B-15 menang akhirnya di Sydney

Kuala Lumpur: Skuad Malayan Tigress Bawah 15 Tahun (B-15) kendalian Leila Chua akhirnya mencatat kemenangan sulung dalam Kejohanan Emerging Matildas B-15 2025 selepas membenam Northern Territory 3-0 di Valentine Sports Park, Sydney, semalam.
Berdasarkan tinjauan Arena Metro, dua gol skuad wanita muda negara itu disumbangkan Mia Alysa, manakala satu lagi menerusi Dishanna Pillay, sekali gus menebus kekecewaan dua aksi terdahulu.
Terdahulu, pasukan negara tewas tipis 0-1 kepada NSW Navy dalam aksi pembukaan sebelum mengikat Victoria White tanpa jaringan pada Selasa lalu.
Aksi lebih mencabar menanti Malayan Tigress B-15 yang dijadual menentang Queensland Maroon, hari ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Hj Rahman menyifatkan penyertaan dalam kejohanan itu sebagai langkah penting memperkasa dan membuka ruang pendedahan antarabangsa buat pemain muda negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Penyertaan skuad B-15 wanita dalam kejohanan berprestij ini bukan sahaja memberi peluang bersaing dengan pasukan terbaik rantau ini, malah menjadi medan membentuk mentaliti dan karakter pemain di pentas antarabangsa.
“Kejohanan ini juga platform terbaik menilai tahap semasa skuad muda, selain merancang pembangunan masa depan dengan lebih tersusun,” katanya menerusi hantaran di Instagram rasmi kelab FAM itu.
Beliau turut percaya pengalaman beraksi di Sydney mampu menjadi kenangan berharga buat pemain, sekali gus membakar semangat mereka untuk terus bekerja keras demi mengharumkan nama negara.
“Kejohanan ini bukan sekadar pendedahan, sebaliknya mencorak jati diri pemain muda untuk menghadapi cabaran lebih besar,” katanya.
Tambah beliau, ia juga memberi ruang menilai kemampuan sebenar skuad B-15 wanita dalam perancangan jangka panjang pembangunan bola sepak wanita negara.
Malayan Tigress B-15 menang akhirnya di Sydney
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.