Lelaki ditemukan mati dalam kereta berkunci di Tasek Gelugor
Lelaki ditemukan mati dalam kereta berkunci di Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah kereta yang berkunci di belakang lot kedai Taman Ara Mutiara di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.50 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Mazda CX5 berada dalam keadaan enjin masih hidup.
“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala pintu kereta berkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata bomba bertindak membantu pihak polis membuka pintu kereta tersebut dengan menggunakan peralatan khas namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Sementara itu, dalam satu lagi kes di Flat 100 Sungai Pinang dekat Jelutong, seorang lelaki warga emas turut ditemukan meninggal dunia dalam rumah yang berkunci.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan bagi membantu polis membuka pintu rumah tersebut pada 12.45 tengah malam dan tiba di lokasi enam minit kemudian.
“Pintu berjaya dibuka menggunakan peralatan khas dan menemukan seorang warga emas dalam rumah tersebut sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” katanya sambil menambah kedua-dua kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Lelaki ditemukan mati dalam kereta berkunci di Tasek Gelugor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.