‘Itu sebab provokasi. Saya hanya pertahankan diri’

‘Itu sebab provokasi. Saya hanya pertahankan diri’

'Itu sebab provokasi. Saya hanya pertahankan diri'
Rakaman yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Jurulatih seni bela diri campuran (MMA), Tony Lim mendedahkan insiden pergaduhan dengan pengawal keselamatan di luar sebuah kondominium di Selangor berlaku disebabkan provokasi.

Tony berkata, tindakannya dalam video yang tular di laman sosial itu juga bertujuan mempertahankan diri.

Pendedahan itu dibuat kepada penyanyi rap dan aktivis tempatan, Caprice menerusi video dimuat naik di lnstagram.

“Secara mudahnya, lelaki itu memprovokasi saya. Jadi, saya hanya mempertahankan diri,” katanya.

Menurut Tony, kejadian itu berlaku susulan konfrontasi sebelum ini membabitkan pengawal keselamatan sama dan seorang lagi penduduk, yang turut dirakam dalam video.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Video pertama yang tular sebenarnya menunjukkan dia (pengawal keselamatan) bertengkar dengan seorang penduduk.

“Ketika pertengkaran itu, saya melihat dia memukul bapa penduduk,” katanya.

Menurutnya, ketegangan semakin memuncak apabila dia turun pada malam Khamis lalu dan berdepan dengan pengawal keselamatan sama ditemani dua individu dipercayai majikannya.

“Dia menunjuk ke arah saya. Seorang wanita dan lelaki. Saya rasa mereka majikannya.

“Dia bertanya kepada saya: Adakah kamu yang tularkan video itu? Adakah kamu yang meninggalkan komen pada video itu?” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Dalam video pendedahan itu, Lim turut menafikan dirinya menyebarkan video berkenaan.

“Saya ingin menggunakan platform ini untuk menjelaskan hal sebenar. Bukan saya yang tularkan video itu,” katanya.

Tony berkata, pengawal keselamatan itu sudah diberhentikan kerja dan mengulangi yang tindakannya adalah semata-mata untuk melindungi dirinya.

“Sebagai pengamal MMA, kami hanya mahu mempertahankan diri susulan perkara ini. Saya enggan mencetuskan perkara ini. Saya hanya mahu mempertahankannya,” katanya.

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas rasmi daripada pengurusan kondominium atau syarikat keselamatan terbabit dan tidak jelas sama ada siasatan polis dijalankan susulan insiden berkenaan.

 

‘Itu sebab provokasi. Saya hanya pertahankan diri’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker