Durian melayang ke muka tetamu

Durian melayang ke muka tetamu

Durian melayang ke muka tetamu
Pasangan pengantin menyembunyikan durian palsu daripada pandangan tetamu yang menanti di bawah pelamin. – TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana membaling durian kepada tetamu ketika acara melempar bunga, lapor laman berita Wolipop.

Video mengenainya dimuat naik di platform TikTok oleh seorang individu bernama Enjang Budi Donat.

Menurut Enjang, majlis perkahwinan itu berlangsung pada 5 Julai lalu.

Namun katanya, ‘durian’ yang dilempar oleh pasangan pengantin bukan buah sebenar, sebaliknya hanya palsu.

“Ia adalah gimik bagi memeriahkan acara itu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Tambah Enjang, dalam video tersebut, pasangan pengantin pada awalnya menyembunyikan durian palsu daripada pandangan tetamu yang menanti di bawah pelamin.

Mereka kemudian melempar durian itu ketika sebilangan tetamu cuba menangkapnya dengan penuh bersemangat.

Namun menurut Enjang, tetamu kemudian ketakutan apabila melihat ‘buah durian’ sedang melayang ke arah mereka.

“Mereka menjerit ketakutan kerana menyangka ia buah durian sebenar. Akhirnya, mereka hanya ketawa setelah mengetahui perkara sebenar.

“Individu yang menangkap buah itu mendapat wang sebanyak 100,000 rupiah (RM26) daripada pengantin,” katanya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Inilah yang dinamakan durian runtuh,” kata seorang netizen.

“Bahayalah kalau terkena kepala,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Durian melayang ke muka tetamu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker