Dua cedera kemalangan empat kenderaan
Dua cedera kemalangan empat kenderaan

KUALA TERENGGANU: Dua cedera dalam kemalangan empat kenderaan membabitkan sebuah bas, Proton Exora, Proton Persona dan Honda Civic di Jalan Kemajuan di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 10.05 malam.
Katanya, siasatan awal mendapati Proton Exora dari arah Wakaf Mempelam menghala stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) manakala Proton Persona dari arah Bukit Payong menghala ke UTC Kuala Terengganu.

“Bas jenis Scania yang dipandu bersama pemandu kedua dan empat orang penumpang dari arah Setiu menghala ke stesen bas MBKT, yang juga dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Sementara itu, kereta jenis Honda Civic dari arah bandar Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Bukit Payong, Marang,” katanya.
Siasatan awal mendapati Honda Civic dari arah bertentangan dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung Proton Exora.
Akibat kemalangan itu, Proton Exora berpusing dan dilanggar pada sebelah sisi kiri oleh Proton Persona kemudian dilanggar pula pada sisi kanan oleh bas.
Akibat kemalangan itu pemandu Proton Exora dan Honda Civic dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan.
Dua cedera kemalangan empat kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.