Bunyi ‘lain macam’ bergema di stadium

Bunyi ‘lain macam’ bergema di stadium

Bunyi ‘lain macam’ bergema di stadium
Pengunjung terkejut selepas mendengar suara tidak senonoh di perkarangan stadium. – TikTok

JAKARTA – Pengunjung sebuah stadium di Jakarta, Indonesia terkejut apabila mendengar pembesar suara mengeluarkan audio berunsur erotik, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) pada Sabtu lalu.

Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah memaparkan sistem audio di perkarangan stadium mengeluarkan suara tidak senonoh.

Bunyinya yang kuat dan mendesah mengejutkan ramai pengunjung.

Pihak Pusat Pengelolaan Kompleks Gelanggang Olahraga Bung Karno (PPKGBK) tampil memohon maaf sambil menjelaskan kejadian itu berpunca daripada kelalaian petugasnya.

“Insiden itu berpunca daripada kelalaian petugas yang memainkan senarai muzik bebas hak cipta tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu,” kata PPKGBK.

Rakaman itu mencatatkan lebih 21,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Sengaja atau tidak, kenapa tonton video lucah semasa bekerja?” kata seorang netizen. – AGENSI

Bunyi ‘lain macam’ bergema di stadium

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker