Penuntut UCSI hilang sejak 9 Julai

Penuntut UCSI hilang sejak 9 Julai

Penuntut UCSI hilang sejak 9 Julai
Sithu Hpone Maw kali terakhir dilihat di rumah sewanya di Ankasa Condo, Taman Connaught, Cheras.

KUALA LUMPUR: Polis Cheras mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang penuntut warga asing di Universiti UCSI yang dilaporkan gagal dikesan sejak minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, berkata laporan kehilangan dibuat wakil pihak pengurusan UCSI pada jam 9.05 malam tadi selepas penuntut terbabit gagal dikesan.

“Mangsa dikenali sebagai Sithu Hpone Maw, berusia 20 tahun, mempunyai ketinggian kira-kira 5 kaki 9 inci dan kali terakhir dilihat pada 9 Julai lalu di rumah sewanya di Ankasa Condo, Taman Connaught, Cheras.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan keberadaan mangsa, dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, Hpone Maw berasal dari Myanmar adalah penuntut tahun dua dalam jurusan seni bina di universiti swasta terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kehilangan pelajar terbabit.

Penuntut UCSI hilang sejak 9 Julai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker