Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand
Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand
Abdul Fattah Mohd Amin, atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin, ialah seorang pelakon, penyanyi, dan model Malaysia yang telah mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Beliau mula mendapat perhatian ramai apabila muncul sebagai juara Hero Remaja 2011/2012, sebuah platform yang menjadi titik tolak kerjaya seninya.
Nama Fattah Amin melonjak popular menerusi peranan utama sebagai Raja Adrian Benjamin dalam drama popular Playboy Itu Suami Aku, yang berjaya menambat hati penonton. Selain lakonan, beliau turut menyerlah dalam bidang nyanyian dan pemodelan.
“Pandai Budak Tu Pilih Yang Hensem Je Ye, Kalau Aunty Pun Akan Buat Benda Sama Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @umieaida_9 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 241 ribu, tanda suka sebanyak 8,732 dan sebanyak 226 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang hanya mahu bermain dan bercakap dengan Fattah Amin.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kanak-kanak suka memilih dengan siapa yang mereka suka untuk bermain bersama.
“Tadi Dia suapkan kak long, sekarang ni dengan fattah pulak hahaha”
“Dapat jumpa budak comel ni pun jadi lah lepaskan rindu”
“pandai dik, pilih yang hensem”
“Biasa budak budak ni akan pilih orang yang ikhlas dan baik walaupun baru kenal”-kata netizen
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.