Kilang e-waste haram diserbu, 300 tan jongkong aluminium bernilai RM2.1 juta dirampas

Kilang e-waste haram diserbu, 300 tan jongkong aluminium bernilai RM2.1 juta dirampas

Kilang e-waste haram diserbu, 300 tan jongkong aluminium bernilai RM2.1 juta dirampas
Ketua Polis negeri, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menunjukkan jongkong aluminium hasil aktiviti pelupusan sisa elektronik yang dirampas di sebuah kilang haram di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai. – NSTP/ Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Sebuah kilang memproses barangan elektronik terpakai (e-waste) yang beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini, diserbu dengan 300 tan jongkong aluminium bernilai kira-kira RM2.1 juta dirampas.

Ketua Polis negeri, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kira-kira jam 11 pagi tadi, 25 pekerja kilang terdiri warga China, Bangladesh dan Myanmar berusia 20 hingga 45 tahun ditahan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kilang beroperasi sejak tiga bulan lalu itu dipercayai menjalankan kegiatan melerai dan melebur komponen elektronik untuk menghasilkan jongkong aluminium.

“Hasil serbuan 300 jongkong aluminium setiap satunya seberat satu tan dirampas, selain bahan mentah seperti alat kawalan jauh dan komponen kamera litar tertutup (CCTV) yang belum diproses,” katanya ketika sidang media di lokasi serbuan.

Dzulkhairi berkata, kilang terbabit dipercayai mengimport bahan elektronik berkenaan dari luar negara untuk diproses di sini sebelum dieksport semula ke China dan beberapa negara lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan pemilik kilang, dengan polis tidak menolak kemungkinan wujud rangkaian syarikat lain dengan kilang haram itu.

“Kegiatan ini berlaku kerana banyak negara maju melarang pemprosesan e-waste disebabkan risiko pencemaran.

“Kita percaya mereka mungkin ambil kesempatan menjadikan negara ini pusat transit bagi memproses sisa elektronik yang mempunyai permintaan bagi hasil besi yang dileraikan,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 55 (1)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Kilang e-waste haram diserbu, 300 tan jongkong aluminium bernilai RM2.1 juta dirampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker