Diouf sertai West Ham

Diouf sertai West Ham

Diouf sertai West Ham
DIOUF (kanan) lebih tertarik dengan perancangan West Ham. FOTO AFP

London: West Ham United mengesahkan kehadiran pertahanan muda Senegal, El Hadji Malick Diouf dari Slavia Prague menerusi kontrak jangka panjang menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26.

Walaupun nilai perpindahan tidak didedahkan, media Britain melaporkan The Hammers membayar sekitar £19 juta (RM115 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu.

Diouf sebelum ini mencuri perhatian apabila membantu Senegal menewaskan England 3-1 dalam aksi persahabatan bulan lalu, sekali gus kemenangan pertama pasukan Afrika ke atas The Three Lions dalam 22 perlawanan.

“Ada banyak kelab yang berminat, tetapi saya pilih West Ham. Selepas berbincang dengan jurulatih (Graham Potter), saya rasa perancangannya sesuai dengan saya,” kata Diouf.

West Ham dijadualkan memulakan kempen EPL musim baharu pada 16 Ogos dengan aksi menentang Sunderland di tempat lawan.

Diouf sertai West Ham


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker