Butik guna manusia jadi ‘mannequin’
Butik guna manusia jadi ‘mannequin’

JAKARTA – Pelanggan sebuah butik pakaian di Banyumas, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila patung (mannequin) yang dipamerkan di tingkap kaca rupa-rupanya manusia, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah dekat Purwokerto.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan dua ‘patung cendana’ yang duduk di dalam tingkap kaca.
Selain mempromosikan pakaian butik tersebut, mereka juga terpaksa duduk selama beberapa jam tanpa bergerak.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Syarat menjadi patung adalah menahan ketawa ketika bekerja,” kata seorang netizen.
“Definisi sebenar kerja hanya duduk dan tidak buat apa-apa,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Butik guna manusia jadi ‘mannequin’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
You must be logged in to post a comment.