AKPS gagalkan cubaan seludup warga asing di KLIA 2

AKPS gagalkan cubaan seludup warga asing di KLIA 2

AKPS gagalkan cubaan seludup warga asing di KLIA 2
Foto hiasan. – Foto AKPS KLIA

KUALA LUMPUR: Cubaan 141 warga asing yang cuba memasuki Malaysia secara haram dengan menyalahgunakan kemudahan transit berjaya dipatahkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Terminal 2 (KLIA2), di sini.

Semua warga asing itu terdiri daripada 94 warga India, 41 (Indonesia) dan masing-masing tiga dari Sri Lanka dan Pakistan ditahan dalam Operasi Pemantauan Khas oleh AKPS bermula Sabtu hingga Isnin lalu.

Unit Komunikasi Korporat AKPS berkata, pihaknya mengenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) terhadap semua warga asing terbabit selepas mendapati mereka menggunakan pelbagai taktik licik untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Modus operandi utama mereka adalah dengan menempah tiket penerbangan sambungan ke negara ketiga untuk memberi gambaran mereka adalah penumpang transit tulen namun, mereka tidak berniat bagi meneruskan perjalanan berkenaan.

“Sebahagian daripada mereka juga cuba keluar dari balai pelepasan transit dengan memberi pelbagai alasan seperti masalah kesihatan, kehilangan tiket, atau isu bagasi.

“Ada juga yang dikesan memohon Pas Khas (Special Pass) tetapi kemudiannya menyalahgunakannya untuk tinggal lebih masa di dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

AKPS berkata, kejayaan operasi ini adalah hasil pemeriksaan rapi oleh pegawai penguat kuasa yang meneliti dokumen perjalanan, menyemak sejarah perjalanan lampau, dan menjalankan temu bual mendalam terhadap pelawat yang menunjukkan tingkah laku mencurigakan dan tidak konsisten.

“Semua yang dikenal pasti, kini dalam proses untuk dihantar pulang menggunakan penerbangan terawal yang tersedia,” katanya.

Susulan insiden itu, AKPS sudah memperketatkan kawalan di semua zon transit antarabangsa dan mengoptimumkan penggunaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi membanteras sebarang cubaan bolos pada masa hadapan.

 

AKPS gagalkan cubaan seludup warga asing di KLIA 2

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker