2 pelajar UnIPSAS maut nahas dengan ambulans

2 pelajar UnIPSAS maut nahas dengan ambulans

2 pelajar UnIPSAS maut nahas dengan ambulans
Muhammad Firdaus (gambar kecil atas) dan Muhammad Zuhair Rifqi (gambar kecil bawah) maut kemalangan selepas motosikal bertembung ambulans. FOTO Facebook HEPA UniPSAS

KUANTAN: Dua pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Gambang, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21 dan Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 22.

“Siasatan awal mendapati van ambulans dalam perjalanan membawa pesakit dari arah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke arah Bukit Rangin, di sini kira-kira jam 11 pagi.

“Ketika ambulans membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat dengan menggunakan siren, sebuah motosikal dari arah Gambang, di sinidipercayai melanggar ambulans.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan HTAA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Pemandu ambulans berusia 49 tahun bersama pembantu ambulans berusia 43 tahun mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, menerusi hantaran Facebook rasmi UnIPSAS, universiti itu berdukacita atas pemergian dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan.

“Muhammad Zuhair Rifqi, pelajar Diploma Pengajian Quran dan Sunnah manakala Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman.

“Pihak universiti merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua pelajar dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“UnIPSAS turut menyeru warga kampus untuk bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan arwah,” menurut kenyataan itu.

 

Dua pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker