Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq [VIDEO]

“Part YB Terkejut..”

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq [VIDEO]

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq [VIDEO]

Tular satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ara Adreanna bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mencuri perhatian netizen, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh adik Bella Astillah iaitu Didi, memaparkan gelagat spontan Ara Adreanna yang merangkul leher Syed Saddiq ketika mengambil gambar bersama di majlis hari lahirnya yang ke-5 tahun bersama abangnya, Ayden Adrean yang ke-8 tahun dalam satu majlis yang bertemakan superhero dan karakter animasi.

“Plot twist: she’s the one who picked him.”-kapsyen Didi di TikTok

@didi_angel_astillah

Plot twist : she’s the one who picked him #AydenAraBirthdayParty

♬ What Dreams Are Made Of WEDDING by Brent Morgan – Brent Morgan

“Semoga Anak Kecil Ini Dapat Merasa Kasih Sayang Seorang Ayah Yang Baik…”

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq [VIDEO]

Gelagat spontan Ara bersama Syed Saddiq itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terharu melihat Ara yang pastinya merindui kasih sayang seorang bapa, malah ramai yang mendoakan agar Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal dijodohkan bersama kelak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

“Anak-anak ni dia jujur dan ikhlas. Tengok body language Ara pun tahu, dia rapat dan sayang Syed Saddiq.”

“Kahwin la lekas, jangan la seksa hati kami para penyokong BASS.”

“Comel la si Ara ni, semoga anak kecil ni dapat merasa kasih sayang seorang ayah yang baik macam Syed Saddiq.”

“Part YB terkejut bila Ara peluk tu. Dengan anak kecil pun jaga batas. Tak nak mula dulu. Tak sabar apa next lepas ni.”

“Kanak-kanak baya Ara ni ada naluri dia tahu mana yang baik jujur dan ikhlas. Semoga kalian berkasih sayang ya, kami mendoakan yang terbaik buat kalian.”

Sekadar info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Namun, mereka sekali berpisah selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas kecoh kontroversi Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac 2024 lalu.

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker