Polis tahan tiga warga asing bantu siasatan kes pemandu teksi OKU ditikam

Polis tahan tiga warga asing bantu siasatan kes pemandu teksi OKU ditikam

Polis tahan tiga warga asing bantu siasatan kes pemandu teksi OKU ditikam
GAMBAR hiasan

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang pemandu teksi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cedera parah selepas ditikam dan dikelar dalam kejadian di kawasan asrama pekerja di Desa Cemerlang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner

Mohd Sohaimi Ishak, berkata ketiga-tiga suspek ditahan di lokasi kejadian pada jam 2.30 pagi semalam.

“Semua suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Mohd Zulkefli Mydin, 40, dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat tikaman di perut dan paha kiri serta kelaran di pergelangan tangan kiri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Sebelum ini, media melaporkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menunggu penumpang di kawasan berkenaan sebelum didatangi beberapa individu warga asing dipercayai berasal dari Myanmar dan Nepal, yang berada dalam keadaan mabuk.

Mereka dipercayai tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu menggunakan perkhidmatan teksi atau tidak.

Seorang daripada warga asing terbabit telah memanggil-manggil mangsa dengan nada provokatif dan apabila mangsa menghampiri mereka, dia diserang secara tiba-tiba menggunakan senjata tajam.

– BERNAMA

Polis tahan tiga warga asing bantu siasatan kes pemandu teksi OKU ditikam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker