Polis tahan lelaki ‘lalok’ rompak kedai di Alor Gajah
Polis tahan lelaki ‘lalok’ rompak kedai di Alor Gajah
ALOR GAJAH: Lelaki lalok dadah syabu ditahan polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar ini sejak malam semalam hingga awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 11.39 malam mengenai seorang lelaki yang melakukan ugutan jenayah dekat sebuah pasar mini di Taman Mutiara di sini.
Katanya, suspek sama juga bertindak mencederakan dan menyamun seorang lelaki penunggang motosikal dengan bersenjatakan pisau hingga mangsa cedera di tepi jalan berhadapan sebuah stesen minyak di Kelemak kira-kira jam 3.53 pagi.
“Sebelum itu suspek sama bertindak membaling batu ke arah pintu cermin dan menunjukkan pisau kepada petugas kaunter di stesen pam minyak berkenaan jam 3.47 pagi.
“Seterusnya dia melakukan ugutan jenayah dengan bersenjatakan parang serta menyamun sebuah kedai serbaneka di pekan Alor Gajah pada jam 4 pagi,” katanya dalam kenyataan malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Ashari berkata, bertindak atas maklumat, polis melakukan Op Kesan dan menahan suspek berusia 40 tahun itu serta merampas senjata yang disyaki digunakan ketika kejadian di Kelemak, jam 11.15 pagi tadi.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek yang tidak bekerja tinggal bersama keluarganya dan mempunyai rekod mental selain difahamkan sudah seminggu tidak mengambil ubat.
“Semakan rekod mendapati dia terbabit masing-masing enam kes jenayah dan enam kes narkotik sebelum ini selain positif dadah jenis methamphetamine ketika ditahan hasil ujian saringan air kencing.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah esok untuk permohonan reman bagi tujuan siasatan,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, 392 dan 394 Kanun Keseksaan.
Polis tahan lelaki ‘lalok’ rompak kedai di Alor Gajah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.