Pesara, kakitangan PBT direman 7 hari bantu siasatan kes terima rasuah RM70,000

Pesara, kakitangan PBT direman 7 hari bantu siasatan kes terima rasuah RM70,000

Pesara, kakitangan PBT direman 7 hari bantu siasatan kes terima rasuah RM70,000
Seorang pesara (dua dari kiri) antara dua yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah RM70,000 sejak tiga tahun lalu. NSTP/AIZAT SHARIF

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan dua individu termasuk seorang pesara pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perlis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM70,000 sejak tiga tahun lalu.

Pasangan lelaki dan wanita berusia 61 dan 37 tahun itu direman hingga Isnin depan berkait satu laporan rasuah membabitkan permohonan permit ubah suai rumah di sekitar negeri ini sejak 2022.

Perintah reman tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas pegawai penyiasat SPRM Perlis mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

Suspek ditahan sekitar jam 1.30 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis.

“Suspek lelaki yang sudah bersara dipercayai menerima bayaran antara RM300 hingga RM9,000 daripada pemohon melalui pemindahan ke akaun bank peribadi miliknya.

“Dianggarkan 200 transaksi dipercayai dilakukan suspek berdasarkan fail permohonan permit ubah suai rumah sejak 2022 hingga 2024 dianggarkan mencecah RM70,000,” katanya.

Katanya, suspek lelaki pernah bertugas sebagai pembantu penguat kuasa yang mengendalikan sebarang ubah suai rumah, manakala suspek wanita pula masih bertugas di PBT berkenaan sebagai penolong pegawai di jabatan sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

 

Pesara, kakitangan PBT direman 7 hari bantu siasatan kes terima rasuah RM70,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker