Dibelasah Buriram United, Sabah FC tak panik

Dibelasah Buriram United, Sabah FC tak panik

Dibelasah Buriram United, Sabah FC tak panik
AKSI perlawanan persabahatan Sabah FC berdepan Buriram United. -FOTO FB Sabah FC

Kuala Lumpur: Sabah FC enggan menekan butang panik sebaliknya melihat kekalahan besar 2-8 kepada Buriram United dalam aksi persahabatan semalam sebagai medan terbaik buat mereka membina pasukan yang lebih ampuh.

Jurulatih Sabah FC, Alto Linus berkata, peluang menentang pasukan terkuat Liga Thailand itu amat bagus untuk pemain mendapatkan pengalaman berharga sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula awal Ogos depan.

Selain itu, beliau melihat skuad kendaliannya dalam fasa membentuk keserasian memandangkan mereka baru sahaja memulakan latihan.

“Perlawanan ini amat berguna untuk menilai tahap kesediaan pasukan. Kita berdepan kelab terbaik di Asia Tenggara dan ia mendedahkan beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki, terutamanya dalam aspek bertahan dan transisi permainan.

“Saya percaya kami perlukan tiga hingga empat lagi aksi persahabatan sebelum benar-benar bersedia untuk menghadapi saingan liga,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Tambahnya, kehadiran tiga awang import, iaitu Dean Pelekanos, Dane Ingham dan Ajdin Mujagic, dilihat mampu membentuk gandingan yang lebih baik bersama pemain tempatan dan mereka harus cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.

“Tahap kecergasan dan keserasian mereka masih perlu dipertingkatkan sebelum liga bermula nanti,” katanya.

Pada masa sama, pengendali berusia 39 tahun itu berpuas hati dengan pemain muda yang dilihat mampu memberi persaingan sihat buat pemain senior selepas menunjukkan permainan yang cukup baik tanpa rasa gementar.

Dibelasah Buriram United, Sabah FC tak panik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker