Arsenal setuju bayar RM364 juta untuk Gyokeres

Arsenal setuju bayar RM364 juta untuk Gyokeres

Arsenal setuju bayar RM364 juta untuk Gyokeres
GYOKERES enggan kembali menyertai latihan pramusim bersama Sporting. FOTO AFP

London: Arsenal semakin hampir mencapai persetujuan untuk membayar £63.5 juta (RM364 juta) untuk mendapatkan Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon.

The Gunners akan membayar yuran tetap £55 juta (RM315.64 juta) sebagai bayaran asas dengan tambahan £8.6 juta (RM49.3 juta) dalam bentuk insentif berasaskan prestasi.

Penyerang berusia 27 tahun itu akan menandatangani kontrak selama lima tahun.

Ejen Gyokeres, Hasan Cetinkaya bersetuju untuk melepaskan komisen 10 peratusnya, sekali gus menurunkan nilai bayaran tetap perlu dibayar Arsenal tanpa menjejaskan jumlah keseluruhan yang dimahukan Sporting.

Gyokeres akan menjadi pemain keempat yang ditandatangani Arsenal musim ini selepas Kepa Arrizabalaga dari Chelsea, Christian Norgaard dari Brentford dan Martin Zubimendi dari Real Sociedad.

Kelab itu turut bersetuju dengan perpindahan bernilai £52 juta (RM298 juta) buat pemain sayap Chelsea, Noni Madueke, yang meninggalkan kelab itu sebelum final Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu menyelesaikan pembelian penyerang utama sebelum kelab itu berlepas bagi lawatan pramusim ke Singapura dan Hong Kong pada hujung minggu ini.

Musim lalu, Arsenal sering beraksi tanpa penyerang nombor 9 sebenar yang menyumbang kepada mereka ketinggalan 10 mata di belakang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Sporting pada awalnya menuntut bayaran asas £60.4 juta (RM346 juta) serta tambahan £8.6 juta sebagai bonus prestasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Namun Gyokeres enggan kembali menyertai latihan pramusim Sporting kerana bertegas mahu berpindah ke kelab EPL itu.

Penyerang Sweden itu menyertai Sporting dari Coventry City pada 2023 dan sejak itu berkembang menjadi antara penyerang paling dikehendaki di Eropah.

Pengarah sukan Arsenal, Andrea Berta berada di Lisbon hujung minggu lalu untuk mengetuai rundingan bersama juara Portugal itu.

Arsenal setuju bayar RM364 juta untuk Gyokeres

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker