Trump sanjung Pele selepas diejek, disorak di final Piala Dunia Kelab
Trump sanjung Pele selepas diejek, disorak di final Piala Dunia Kelab

New Jersey: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi penghormatan kepada legenda bola sepak, Pele selepas menerima sorakan bercampur dengan ejekan daripada penonton di final Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife, East Rutherford, awal pagi tadi.
Chelsea membelasah Paris St Germain (PSG) 3-0 di penutup kejohanan versi baharu yang diperluas itu, yang direka sebagai pembuka tirai berprestij menjelang Piala Dunia 2026 yang akan dianjurkan bersama bersama AS, Mexico dan Kanada.
Trump duduk bersebelahan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di tempat duduk VIP Stadium MetLife.
Penonton mengejeknya apabila wajahnya muncul sebentar di skrin besar semasa lagu kebangsaan AS dimainkan.
Beliau berdiri di suite sama selepas Chelsea menamatkan perlawanan dengan kemenangan besar ke atas PSG, sambil mengangkat penumbuk ke udara ketika muzik kemenangan dimainkan dengan kuat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Trump sekali lagi menerima ejekan daripada penonton apabila beliau turun ke padang bergambar bersama pengadil perlawanan semasa upacara penyampaian trofi, dengan penganjur terus memainkan muzik dalam stadium bagi mengimbangi reaksi penonton.
Beliau menyerahkan trofi kepada Chelsea dan berdiri di tengah-tengah barisan pemain untuk sesi bergambar dan meraikan kemenangan pasukan itu.
“Saya tahu dia (Trump) akan berada di sana, tetapi saya tak sangka dia akan berada di atas pentas semasa kami menjulang trofi, jadi saya agak keliru,” kata pemain tengah Chelsea, Cole Palmer, yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.
Ketika ditanya dalam satu temu bual televisyen siapakah pemain bola sepak “GOAT” (Terbaik Sepanjang Zaman) baginya, Trump menamakan ikon Brazil, Pele, yang pernah mencetuskan minat terhadap bola sepak di AS semasa menyertai kelab New York Cosmos dalam Liga Bola Sepak Amerika Utara yang baharu diwujudkan pada 1975.
“Saya datang untuk menonton Pele dan dia memang hebat,” kata Trump kepada penyiar DAZN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Itu seperti menyebut nama Babe Ruth (dalam besbol), tapi saya rasa Pele terlalu hebat.”
Trump semakin aktif menonjolkan dirinya dalam acara sukan sepanjang penggal kedua pemerintahannya.
Beliau menjadi presiden AS pertama yang menghadiri perlawanan Super Bowl pada Februari lalu.
Pada Mei, beliau mengumumkan Washington D C sebagai tuan rumah Draf NFL 2027 dari Pejabat Oval.
Beliau kerap hadir ke acara UFC dan pernah menyatakan hasrat untuk menganjurkan pertarungan UFC di Rumah Putih pada tahun depan.
Minggu lalu, FIFA mengumumkan mereka telah membuka pejabat di Trump Tower, New York, menjelang Piala Dunia 2026 yang akan membabitkan rekod penyertaan 48 pasukan kebangsaan.
Kemunculan Trump di MetLife Stadium berlaku sehari selepas beliau mengancam untuk mengenakan tarif 30 peratus (%) ke atas import dari Mexico dan Kesatuan Eropah, satu tindakan yang memburukkan lagi perang perdagangan dan menimbulkan kemarahan sekutu AS serta menggugat keyakinan pelabur.
Trump sanjung Pele selepas diejek, disorak di final Piala Dunia Kelab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.