Terlalu sukar tanpa Jota – Slot

Terlalu sukar tanpa Jota – Slot

Terlalu sukar tanpa Jota - Slot
SLOT berkata Jota sentiasa menjadi dirinya sendiri. FOTO Reuters

Liverpool: Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui amat sukar buat pasukannya untuk kembali berlatih selepas kehilangan tragik Diogo Jota, namun menyifatkan cara terbaik untuk meneruskan perjuangan adalah dengan mencontohi semangat dan perwatakan mendiang pemain itu.

Slot berkata demikian menjelang aksi persahabatan pertama pra musim menentang Preston, 10 hari selepas Jota dan adiknya, Andre Silva maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol pada 3 Julai lalu.

“Apa yang saya katakan kepada pemain, adalah sangat sukar untuk mencari kata-kata yang sesuai. Kami sering tertanya-tanya apa yang wajar dilakukan. Bolehkan kami ketawa semula? Bolehkan kami marah bila ada keputusan salah?

“Saya kata pada mereka, mungkin cara terbaik adalah untuk tangani situasi ini seperti Jota. Maksud saya, Jota sentiasa menjadi dirinya sendiri sama ada bila dia bercakap dengan saya, rakan sepasukan atau kakitangan kelab, dia tetap sama. Jadi, marilah kita juga jadi diri sendiri. Kalau nak menangis, kita menangis. Kalau nak ketawa, kita ketawa,” katanya.

Liverpool sebelum ini menangguhkan sesi latihan pra musim kerana majoriti pemain hadir ke upacara pengebumian Jota di Portugal minggu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Kelab turut mengumumkan bahawa jersi nombor 20 milik Jota akan ‘digantung’ selama-lamanya sebagai penghormatan.

Slot turut menyifatkan Jota, 28, sebagai pemain yang sering menjadi sandaran ketika saat sukar, terutama dalam kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

“Saya sering pandang dia dan kata, ‘kita perlukan sesuatu yang istimewa sekarang’, dan dia selalunya menyahut cabaran itu. Ada banyak detik yang boleh saya ingat.

“Kita berada dalam masa yang sangat sukar sekarang, jadi marilah kita cuba lakukan seperti yang Jota lakukan, bila terlalu sukar, cubalah sedikit lebih kuat, atau teruskan sahaja dan cari jalan untuk menjayakannya,” katanya.

Terlalu sukar tanpa Jota – Slot

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker