Seorang kru helikopter terhempas di Sungai Pulai minggu lalu masih ditidurkan
Seorang kru helikopter terhempas di Sungai Pulai minggu lalu masih ditidurkan

JOHOR BAHRU: Seorang kru helikopter AS355N Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang parah selepas pesawat itu terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, pada Khamis lalu, masih ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Timbalan Pengarah Hospital II HSA, Dr C Mitesh berkata Konstabel RG Devendran
yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini stabil dan diberikan bantuan pernafasan.
Katanya, seorang lagi kru yang masih ditempatkan di situ, Koperal Adeline Liu Yan Siu juga stabil, tapi tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan
“Tiga lagi stabil dalam wad biasa, namun masih dalam pemerhatian termasuk oleh doktor pakar ortipedik kerana ada yang cedera dan perlukan rawatan rapi lain. Jadi, kalau dilihatkan, kelima-lima (mangsa) stabil,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Beliau berkata demikian selepas lawatan Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Noor Sham Md Jani HSA di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi pada Khamis lalu, helikopter AS355N milik PDRM terhempas di Jeti Maritim Gelang Patah ketika sedang menjalani latihan `Multilateral Nuclear Security Detection Exercis’e’ (MITSATOM) 2025 yang membabitkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Akibat kemalangan itu, Adeline dan Devendran dilaporkan kritikal manakala, juruterbang Asisten Komisioner Faizul Muhammad; pembantu juruterbang, Superintendan Ahmad Bustamin Baharom serta Sarjan Siti Latipa Khairuddin turut cedera.
Semua mangsa dihantar ke HSA untuk rawatan lanjut.
Seorang kru helikopter terhempas di Sungai Pulai minggu lalu masih ditidurkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.