Red Eagles ikat Kelana United
Red Eagles ikat Kelana United

Alor Setar: Skuad bola sepak wanita Red Eagles Soccer Club (RESC) tampil berkeyakinan apabila mengikat Kelana United FC (KUFC) 1-1 pada aksi pertama Liga Wanita Nasional 2025 (LWN 2025) yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Jitra petang semalam.
RESC yang bimbingan Ketua Jurulatih Firdaus Azid dan dibarisi lebih 50 peratus pemain muda pada tahun ini ternyata tidak mudah menyerah kalah apabila bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-47 melalui gol jaringan pemain tengah Qaisara Inarah selepas dikejutkan pelawat pada minit ke-16 perlawanan melalui jaringan Siti Nabila.
“Keputusan seri 1-1 ini boleh dianggap positif dan memberi suntikan motivasi penting buat pemain RESC kerana bukan mudah untuk memulakan aksi pertama dengan separuh dari pasukan ini adalah pemain baharu dan muda yang menentang pemain berpengalaman dari KUFC.
“Skuad yang baru dibentuk ini terdiri dari 19 pemain bawah umur 20 tahun yang sedang menimba pengalaman baharu pada musim ini dan saya yakin mereka mengatur langkah yang baik untuk terus meningkatkan keupayaan mereka dalam menghadapi pasukan lebih besar dan berpengalaman dalam kancah Liga Wanita ini.
“Saya berharap dengan tempoh masa yang ada hingga perlawanan seterusnya berdepan MBSJ pada 16 Ogos depan, kami memiliki ruang masa yang cukup untuk meningkatkan setiap aspek kekurangan yang ada pada skuad kami semalam,” kata Firdaus.
Red Eagles ikat Kelana United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.