Pelajar kolej maut nahas di Lebuhraya KL – Seremban

Pelajar kolej maut nahas di Lebuhraya KL – Seremban

Pelajar kolej maut nahas di Lebuhraya KL - Seremban
Seorang penuntut kolej maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah kereta di Kilometer 289.9 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban arah ibu kota, malam tadi. – Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 289.9 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban arah ke ibu kota, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam ketika pemandu Perodua Bezza dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, siasatan mendapati pemandu Bezza sedang memperlahankan kenderaan di lorong tengah kerana terdapat kemalangan di hadapan.

“Tiba-tiba, sebuah motosikal dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal yang juga seorang pelajar kolej lelaki berusia 22 tahun parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faezah di talian 012-3268496.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pelajar kolej maut nahas di Lebuhraya KL – Seremban

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker