‘Kami bukan penapis air nak bayar bulanan RM200’ – Rezal Zambery

‘Kami bukan penapis air nak bayar bulanan RM200’ – Rezal Zambery

'Kami bukan penapis air nak bayar bulanan RM200' - Rezal Zambery
REZAL Zambery berkata pihak kelab masih berhutang kepada hampir 20 pemain. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Kelantan The Real Warriors (TRW) FC diberi tempoh dua hari bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji bekas pengurusan dan pemainnya bagi musim lalu.

Bekas ketua jurulatih, Rezal Zambery berkata, Kelantan TRW sebelum ini menawarkan tiga cara pembayaran gaji iaitu potongan 50 peratus daripada gaji bulanan, bayaran RM200 sebulan sehingga habis hutang atau bayaran RM500 ke RM1,000 bagi satu permainan kepada mereka.

Namun, Rezal berkata, mereka menolak ketiga-tiga tawaran itu berikutan dilihat tidak profesional dan berat sebelah.

“Kami bukan penapis air nak bayaran RM200 sebulan, perlu tunggu 10 hingga 20 tahun nak habis hutang, jadi kami ada kemukakan beberapa tawaran dan beri masa hingga Selasa ini untuk mereka terima atau tidak.

“Kalau import mereka boleh bayar habis sebab takut kena sekatan perpindahan, sedangkan mereka tidak habiskan permainan, latihan pun tak pergi tapi pemain tempatan main hingga habis musim, kami harap mereka terima cadangan kami, bukan nak minta lebih tapi hak kami,” katanya ketika sidang media selepas pertemuan bersama pihak pengurusan Kelantan TRW hari ini di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Rezal berkata, pihak kelab masih berhutang kepada hampir 20 pemain dan jurulatih termasuk beliau bagi gaji bulan Februari hingga April 2025.

Beliau berkata, jika gagal menemui penyelesaian, pihaknya akan membuat tuntutan kepada jawatankuasa status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Selain hutang gaji, Rezal turut membuat pendedahan mengejutkan dengan meminta Presiden KDN FC, Rozi Muhammad membayar hutang peribadi kepadanya.

Dakwa beliau, hutang hampir ratusan ribu itu dibuatnya bagi membantu pengurusan kelab sepanjang musim lalu termasuk membayar gaji pemain.

“Saya cari duit (bantu pasukan) sekarang orang kejar saya, saya gesa dia (Rozi) bertanggungjawab sepenuhnya, hutang ini sejak bulan 9 tahun lepas,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Sementara itu, salah seorang pemain, Faizal Taib, 28 berkata, dia kecewa apabila pengurusan masih enggan melunaskan baki tiga bulan gaji miliknya yang kini hanya menunggu masa untuk menerima cahaya mata kedua.

Katanya, dia kini trauma untuk menerima sebarang tawaran bermain bola meskipun menerima dua, tiga tawaran daripada pasukan lain.

“Ada pemain yang kena halau keluar daripada rumah sewa, kalau dapat bagi sikit RM500 atau RM1,000, banyak benda kita kena bayar, rumah, kereta, isteri saya nak bersalin, tanggung ibu bapa lagi, banyak tanggungjawab.

“Kini saya berniaga di pasar pagi, potong ayam, malam berniaga pasar malam dengan kawan, kalau saya bujang tak mengapa, tapi bila dah berkeluarga, banyak kena fikir, saya harap dapat selesaikan (isu gaji) dengan baik,” katanya.

‘Kami bukan penapis air nak bayar bulanan RM200’ – Rezal Zambery

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker