Gyokeres bakal didenda, diminta mohon maaf
Gyokeres bakal didenda, diminta mohon maaf

Lisbon: Presiden Sporting CP, Frederico Varandas memberi amaran bahawa penyerang utama, Viktor Gyokeres bakal dikenakan denda serta diminta memohon maaf kepada rakan sepasukan selepas gagal melaporkan diri untuk latihan pra musim tepat pada waktunya.
Penyerang antarabangsa Sweden berusia 27 tahun itu sepatutnya menyertai kem latihan pasukan di Algarve, Portugal semalam selepas diberikan cuti lanjutan, namun tidak muncul seperti dijadualkan, di tengah spekulasi mengenai perpindahannya ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.
“Kami tenang. Semuanya akan diselesaikan selepas jendela perpindahan ditutup, dengan denda berat dan permohonan maaf kepada pasukan,” kata Varandas kepada agensi berita Lusa.
“Jika ada pihak yang tidak mahu membayar harga pasaran yang adil untuk Viktor, kami tiada masalah untuk kekalkan dia selama tiga tahun lagi.
“Kalau ada yang fikir tindakan ini boleh menekan saya untuk benarkan perpindahan berlaku, mereka bukan saja silap besar, malah sedang menyukarkan lagi proses perpindahan pemain itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Tiada siapa yang lebih besar daripada kepentingan kelab, siapa pun mereka,” tegasnya.
Gyokeres yang menyertai Sporting dari Coventry City pada 2023, menjaringkan 97 gol dalam 102 perlawanan dan membantu kelab itu menjuarai Liga Primeira dua musim berturut-turut, 2023/24 dan 2024/25.
Sporting dijadual menentang juara Scotland, Celtic dalam aksi persahabatan di Estadio Algarve pada Rabu ini.
Gyokeres bakal didenda, diminta mohon maaf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.