2 motosikal kemalangan, seorang dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam saluran air laut

2 motosikal kemalangan, seorang dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam saluran air laut

2 motosikal kemalangan, seorang dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam saluran air laut
– Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam saluran air laut susulan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Bazar Karat, berhampiran Pos Malaysia, di sini malam tadi.

Kejadian dilaporkan kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor jam 10.49 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurut bomba, sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal Yamaha dan sebuah lagi motosikal dipercayai tercampak ke dalam sungai.

“Seorang mangsa disyaki terjatuh ke dalam saluran air laut, manakala tiga lagi mangsa dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar lokasi sejauh kira-kira 30 meter, termasuk selaman ke dasar sebanyak tiga kali, namun mangsa masih belum ditemukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Motosikal jenis Yamaha berjaya dibawa naik ke darat sebelum operasi ditamatkan jam 1.14 pagi hasil kerjasama dengan polis. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi membabitkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta BBP Skudai (Pasukan Penyelamat Di Air – PPDA), dengan kekuatan logistik merangkumi satu jentera FRT, satu EMRS, tiga RIM dan sebuah Hilux PPDA.

2 motosikal kemalangan, seorang dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam saluran air laut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker