Piala Dunia 2026 perlu berlangsung di stadium berbumbung
Piala Dunia 2026 perlu berlangsung di stadium berbumbung

New York: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mengumumkan Piala Dunia tahun hadapan akan berlangsung di stadium tertutup susulan kebimbangan semakin meningkat daripada pemain berhubung suhu panas melampau yang disifatkan sebagai ‘sangat berbahaya’.
Beberapa perlawanan di kejohanan Piala Dunia Kelab baru-baru ini terjejas akibat cuaca panas terik, termasuk aksi separuh akhir membabitkan Chelsea menentang Fluminense yang berlangsung ketika suhu mencecah 35.5 darjah celsius.
Sebelum itu, kemenangan 3-0 Chelsea ke atas ES Tunis dalam aksi peringkat kumpulan menyaksikan pemain terpaksa beraksi dalam kepanasan mencecah 39 darjah celsius, manakala bandar Philadelphia mengisytiharkan amaran kod merah ‘Kecemasan Kesihatan Haba’.
Pengendali Chelsea, Enzo Maresca turut menyifatkan keadaan itu sebagai ‘mustahil’ untuk menjalankan sesi latihan biasa kerana cuaca terlalu panas.
Pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez, pula mendedahkan dia berasa ‘pening’ ketika beraksi dalam keadaan yang sangat membahayakan ketika menentang Fluminense.
Bagi meredakan kebimbangan, Infantino berkata, setiap perlawanan Piala Dunia akan dijalankan di stadium yang mempunyai bumbung.
“Setiap kritikan yang kami terima adalah peluang untuk kami kaji dan nilai apa yang boleh kami perbaiki,” kata Infantino dalam sidang media di New York.
“Sudah tentu, isu panas ini adalah satu perkara penting. Tahun lalu, pada Sukan Olimpik di Paris, semua sukan juga berlangsung dalam cuaca yang sangat panas.
“Maka waktu rehat amat penting dan kami akan lihat apa yang boleh dilakukan. Tetapi kami mempunyai stadium dengan bumbung dan kami pasti akan gunakan stadium-stadium ini pada waktu siang tahun hadapan,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Beberapa venue seperti di Atlanta, Dallas, Houston dan Vancouver sudah pun dilengkapi bumbung dan sistem penghawa dingin.
Piala Dunia 2026 perlu berlangsung di stadium berbumbung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.