Pelajar UniSHAMs lemas ketika cuba selamatkan rakan

Pelajar UniSHAMs lemas ketika cuba selamatkan rakan

Pelajar UniSHAMs lemas ketika cuba selamatkan rakan
Pelajar UniSHAMs ditemui lemas di air terjun Gunung Jerai. FOTO Tular.

GURUN: Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, (UniSHAMs) Kuala Ketil, dekat sini, ditemui lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya di air terjun Lata Bukit Dinding, Gunung Jerai, hari ini.

Mangsa, Muhammad Zaim Ikhwan Mohd Fauzi, 24, berasal dari Sungai Dedap, Yan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 11.47 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, seramai tujuh individu daripada empat lelaki dan tiga wanita berkumpul di kaki Gunung Jerai (Kampung Sungai Kunyit) untuk mendaki jam 9.30 pagi.

“Ketika itu ketua penunjuk arah dan mangsa cuba menyelamatkan peserta wanita itu.

“Namun, mereka mendapati mangsa tenggelam dan rakan menghubungi talian MERS999 untuk bantuan serta tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, mangsa ditemukan jam 2.30 petang dan dihantar ke unit forensik untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Difahamkan, dua rakannya berjaya diselamatkan.

Pelajar UniSHAMs lemas ketika cuba selamatkan rakan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker