Paris perketat kawalan, bimbang rusuhan peminat PSG

Paris: Ibu kota Perancis kini berada dalam kawalan ketat menjelang dua acara utama hujung minggu ini iaitu perlawanan akhir Piala Dunia Kelab membabitkan Paris Saint Germain (PSG) dan Chelsea, serta sambutan Hari Kebangsaan Perancis (Bastille Day) pada Isnin.
Polis Paris mengesahkan bahawa seramai 11,500 anggota keselamatan akan dikerahkan di seluruh bandar raya dan kawasan sekitarnya sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kemungkinan berlaku kekecohan, khususnya daripada penyokong PSG yang dijangka membanjiri jalanan walaupun aksi final itu berlangsung di Amerika Syarikat.
“Buat masa ini tiada ancaman khusus dikesan, tetapi kami tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” kata Ketua Polis Paris, Laurent Nunez kepada BFMTV, semalam.
Pihak berkuasa turut mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan awam di sekitar Champs Elysees, kawasan ikonik yang sering menjadi lokasi sambutan dan rusuhan penyokong sebelum ini.
Arahan keras turut diberikan agar tiada kawasan tontonan awam atau skrin besar dibenarkan bermula malam Ahad hingga awal pagi Isnin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Langkah ini susulan insiden rusuhan pada 31 Mei lalu, ketika PSG muncul juara Liga Juara-Juara, yang menyaksikan lebih 200 orang ditahan dan 20 anggota polis cedera, termasuk kejadian cermin kedai dipecahkan serta premis perniagaan dirompak.
“Kami akan bertindak tegas terhadap sebarang cubaan mencetuskan gangguan,” tegas Nunez sambil memaklumkan kawalan keselamatan akan sangat ketat di Paris dan pinggir bandar.
Isnin ini, Champs Elysees akan menjadi lokasi utama perarakan tentera tahunan Bastille Day, diikuti konsert klasik berdekatan Menara Eiffel dan pertunjukan bunga api selama 20 minit pada sebelah malam.
Acara itu dijangka menarik lebih 60,000 pengunjung, dengan langkah keselamatan tambahan termasuk pemeriksaan beg dan badan di pintu masuk ke kawasan acara.
Pihak berkuasa berharap agar semua penyokong PSG dan pengunjung dapat mengawal tingkah laku, bagi mengelakkan berulangnya insiden rusuhan sebelum ini.
Ibu kota Perancis kini berada dalam kawalan ketat menjelang dua acara utama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.