Mesra ada nilai
Mesra ada nilai

Kisah cinta pasangan pelakon popular, Riena Diana, 27, dan Keith Foo, 42, hangat diperkatakan ramai ketika ini.
Malah, pasangan kekasih yang ibarat belangkas dan sentiasa bersama ke mana-mana ini juga kerap berkongsi kemesraan mereka di media sosial, sekali gus mencuri perhatian netizen.
Namun, ada netizen yang mendakwa kemesraan yang dikongsi pasangan sejoli itu berlebihan sedangkan mereka belum ada ikatan perkahwinan yang sah.
Secara peribadi, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, sudah menjadi lumrah setiap gerak-geri selebriti seperti mereka diperhatikan netizen.
“Sebagai selebriti, saya dan Keith juga mahu ikut trend di TikTok sebab itu kami buat kandungan bersama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Bila kami sudah mula buat kandungan bersama, jadi banyak tawaran kerja yang datang juga semuanya mahukan kami berpasangan.
“Kami juga tidak boleh nak elak sebab itu adalah komitmen kerja. Setiap kali kami promosikan produk semuanya nak kami berdua dan terpaksa ia dilakukan kerana ‘konten’ itu berbayar,” katanya.
Mengenai tawaran berlakon, kata Riena, mereka juga terbabit dengan dua hingga tiga projek lakonan bersama tahun ini.
“Mungkin orang suka lihat gandingan saya dan Keith ketika buat kandungan di media sosial sebab itu kami digandingkan dalam lakonan juga.
“Saya juga mahu beritahu kami banyak buat kandungan bersama sebab tuntutan kerja. Pada masa sama, saya dan Keith juga akan keluar produk bersama tidak lama lagi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Bagaimanapun, kata Riena yang sudah setahun bercinta dengan Keith, dia juga sudah jarang memuat naik mengenai kekasihnya itu di Instagram dan TikTok kecuali membabitkan komitmen kerja.
“Ketika mula bercinta dulu biasalah memang kami banyak buat ‘posting’ bersama dan sekarang saya rasa sudah berkurangan.
“Kami juga akan terbabit dengan penggambaran dan projek bersama pelakon lain pula dan mungkin orang akan nampak ‘posting’ kami berdua berkurangan di media sosial selepas ini,” katanya.
Keith serasi ganding dengan Riena di set
Mengenai keserasian berganding di set pula, kata Keith atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, ia menjadi satu kelebihan kerana mereka juga adalah pasangan kekasih di luar.
“Mungkin orang fikir sebagai pelakon senior saya yang akan beri tunjuk ajar pada Riena di set.
“Kadang-kadang terbalik pula kerana saya yang akan tanya pendapat Riena dari sudut pandangannya mengenai sesuatu perkara itu,” katanya.
Kata Kieth lagi, dia juga selalu mengingatkan semua pelakon sama ada muda, senior atau bertaraf legenda sekali pun semuanya masuk dalam industri dengan pengalaman masing masing.
“Kadang-kadang pengalaman yang pernah dilalui seseorang pelakon itu, dia akan masukkan dalam karakter. Saya pun kadang-kadang belajar daripada Riena juga dan tanya pendapatnya kerana ia satu proses pembelajaran dan bertukar idea antara satu sama lain.
“Sebagai pasangan kekasih pula, kami akan selalu bertukar pandangan dan beri teguran untuk menjadi lebih baik kerana kami juga bersaing dengan ramai bakat baru dalam industri seni ketika ini,” katanya.
Mesra ada nilai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.