Dana RM1 juta perkukuh KLFA – Syed Yazid
Dana RM1 juta perkukuh KLFA – Syed Yazid

Kuala Lumpur: Peruntukan RM1 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bakal dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasakan persatuan itu.
Presidennya Syed Yazid Syed Omar berkata, sebarang keputusan berkaitan penggunaan dana itu akan dibawa dan diputuskan dalam mesyuarat bersama barisan Exco persatuan.
“Ya, saya tak jangka atas sumbangan tadi. Tapi kita bersyukur, Alhamdulillah…macam saya cakap kali ni KLFA kita ada Exco…apa-apa pun akan dibawa ke dalam mesyuarat,” katanya sambil menambah pihaknya akan menjaga KLFA dengan lebih baik.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada Majlis Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur di Bangsar South City di sini, malam ini.
Sementara itu, Penaung KLFA Datuk Fahmi Fadzil dalam ucapannya berkata bola sepak perlu menjadi medium perpaduan rakyat serta pemangkin kepada mobiliti sosial dalam kalangan belia kota.
Beliau berkata KLFA akan memberi tumpuan pada memperkukuh pembangunan akar umbi bola sepak khususnya membabitkan pemain bawah 12, 14 dan 16 tahun dengan pendekatan rentas kaum dan memberi keutamaan kepada anak-anak daripada keluarga B40.
“KLFA sedang mengukuhkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan dalam memperkasakan bola sepak peringkat sekolah, Kementerian Belia dan Sukan bagi pembangunan jurulatih serta program belia.
“…dan juga komuniti setempat agar padang dan kemudahan awam dapat dimanfaatkan menyeluruh,” katanya.
Dana RM1 juta perkukuh KLFA – Syed Yazid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.