UEFA hukum Palace

UEFA hukum Palace

UEFA hukum Palace
CRYSTAL Palace masih berpeluang mencabar keputusan berkenaan. FOTO AFP

London: Kelab Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace, terpaksa menerima hakikat bermain di Liga Konferens musim depan selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menggugurkan penyertaan mereka dari Liga Europa kerana pelanggaran peraturan pemilikan pelbagai kelab (multi-club ownership).

UEFA dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa Olympique Lyonnais dibenarkan kekal beraksi dalam Liga Europa, manakala Palace, yang sepatutnya layak menerusi kejuaraan Piala FA musim lalu, diturunkan ke kejohanan ketiga Eropah.

Situasi ini berpunca daripada hak milik bersama oleh Eagle Football Group, yang juga pemilik majoriti Lyon, dan dalam masa sama Pengerusinya, John Textor, turut memegang kepentingan besar dalam Crystal Palace.

“CFCB (Badan Kawalan Kewangan Kelab UEFA) mendapati kedua-dua kelab melanggar kriteria pemilikan pelbagai kelab setakat 1 Mac 2025,” kata UEFA dalam kenyataan rasmi.

Sebelum ini, Lyon hampir digugurkan ke saingan Ligue 2 disebabkan isu kewangan, namun rayuan mereka berjaya pada Rabu lalu, satu keputusan yang dinanti UEFA sebelum memuktamadkan penilaian ke atas kedua-dua kelab.

Crystal Palace masih berpeluang mencabar keputusan itu dengan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

UEFA hukum Palace


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker