Enrique dedah rahsia kejayaan PSG

East Rutherford: Pengurus Paris Saint Germain (PSG), Luis Enrique menegaskan kebangkitan semula pasukannya berpaksikan semangat berpasukan secara kolektif dan bukannya bergantung kepada kehebatan individu, ketika juara Perancis dan Eropah itu bersiap sedia menentang Chelsea dalam final Piala Dunia Kelab, awal pagi Isnin ini.
PSG, yang masih bersemangat selepas kejayaan bersejarah menjulang trofi Liga Juara-Juara lebih sebulan lalu, kini memburu gelaran Piala Dunia Kelab pertama mereka.
Luis Enrique merombak pasukan secara menyeluruh, menggantikan bintang-bintang ternama seperti Neymar, Lionel Messi dan Kylian Mbappe dengan skuad muda dan dinamik yang menjiwai falsafah bola sepak total yang diterapkannya.
Bercakap pada sidang media di Stadium MetLife, New Jersey, jurulatih dari Sepanyol itu menolak tanggapan bahawa dirinya adalah watak utama di PSG, sebaliknya memberi penghargaan kepada komitmen tinggi setiap pemain.
“Apabila keadaan tidak berjalan lancar, saya lebih tenang. Sangat memuaskan apabila segala-galanya menjadi kerana yang paling menggembirakan mengenai kemenangan adalah melihat penyokong turut gembira. Saya lebih baik ketika dikritik berbanding ketika dipuji,” katanya lagi.
Luis Enrique, yang pernah membimbing Barcelona menjulang Liga Juara-Juara, memberi bayangan bahawa musim ini mungkin antara yang terbaik dalam karier kejurulatihannya, namun menegaskan kejayaan hanya boleh dinilai selepas perlawanan akhir awal pagi Isnin ini.
“Mungkin ini boleh menjadi musim terbaik dalam karier saya sebagai jurulatih. Tapi masih ada satu final untuk dimenangi. Bila kami sudah menang, barulah kita boleh bercakap mengenainya,” ujarnya.
Beliau turut menekankan sifat bola sepak yang tidak menentu, dengan merujuk kepada prestasi Manchester City sebagai pengajaran.
“Kita lihat Manchester City sebagai contohnya. Mereka menang segalanya tahun lalu, kemudian mereka tewas 10 perlawanan dan terus dikecam.
“Pep Guardiola masih jurulatih terbaik dunia, tapi mereka tetap ‘membunuhnya’. Jadi saya lebih gemar menerima kritikan daripada pujian, kerana ia menjadikan kita lebih merendah diri dan itulah realiti yang sebenar,” katanya.
Enrique dedah rahsia kejayaan PSG
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.