Punca air Sungai Kapar Kechil bertukar biru dikenal pasti, premis diarah henti operasi

Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan

Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin. Foto NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah mengenalpasti punca pencemaran air Sungai Kapar Kechil sehingga bertukar biru berikutan penemuan itu pada 18 Jun lalu.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, siasatan LUAS pada 6 Julai lalu di Kawasan Industri Batu 8, Jalan Kapar menemukan aktiviti mencurigakan oleh sebuah premis memproses plastik kitar semula berhampiran Sungai Kapar Kechil.

“Semakan di dalam premis mendapati terdapat sebuah pam yang disyaki digunakan untuk mengepam efluen dari kolam premis ke Sungai Kapar Kechil.

“Semakan lanjut juga mendapati terdapat dua lagi pam digunakan oleh premis untuk mengabstrak air sungai tanpa kebenaran.

“LUAS sudah mengarahkan premis untuk menghentikan serta-merta operasi pam dan melakukan pensampelan di lokasi berkaitan premis serta dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bagi analisis dan tindakan penguatkuasaan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“LUAS membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79 (4) Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemarkan sumber air, dan Seksyen 107 (b) bagi kesalahan mengabstrak sumber air tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan petang semalam.

Jamaliah berkata, siasatan susulan LUAS pada 8 Julai pula menemukan sebuah lagi premis yang disyaki di kawasan sama.

“Semakan di sebuah premis penyimpanan cecair getah mendapati terdapat kebocoran kepada penutup outlet tangki intermediate bulk container (IBC) milik premis yang menyimpan bahan cecair getah berwarna biru bagi pembuatan sarung tangan.

“Pemerhatian lanjut mendapati tiada kolam takungan di premis bagi menampung aliran sisa cecair berwarna itu sehingga menyebabkan ia terus mengalir ke dalam longkang premis, seterusnya ke parit berhampiran, dan akhirnya ke Sungai Kapar Kechil.

“LUAS mengeluarkan Surat Arahan di bawah Seksyen 121 (1), Enakmen LUAS 1999 untuk premis menghentikan dan menutup aliran serta melakukan pembersihan sisa tumpahan itu di semua lokasi terbabit di dalam premis serta-merta,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Pada masa sama katanya, LUAS sudah melaksanakan pensampelan di semua lokasi dan dihantar kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut.

“Kerja-kerja pembersihan oleh premis di semua lokasi terbabit dipantau rapi oleh LUAS dan selesai sekitar jam 10.45 malam semalam.

“LUAS juga membuka kertas siasatan terhadap premis terbabit di bawah Seksyen 79 (4) Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemarkan sumber air,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius sebarang permasalahan pencemaran sumber air negeri sama ada ia terbabit ataupun tidak kepada pembekalan air mentah loji rawatan air (LRA).

“Penemuan punca pencemaran air berwarna ini berjaya mengelakkan risiko permasalahan kepada Sungai Kapar Kechil dan seterusnya pencemaran laut Selat Melaka.

“Kerajaan negeri, LUAS dan agensi-agensi berkuasa berkaitan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti tanpa kebenaran dan kecuaian mana-mana pihak yang menimbulkan permasalahan dan mencemarkan sumber air,” katanya

Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker