Polis tingkat kawalan, rondaan sekolah di Guchil, Kuala Krai susulan kemunculan lelaki mencurigakan
Polis tingkat kawalan, rondaan sekolah di Guchil, Kuala Krai susulan kemunculan lelaki mencurigakan

KUALA KRAI: Polis meningkatkan kawalan dan rondaan di sebuah sekolah di Guchil di sini, susulan tular video murid perempuan Tahun Empat didatangi lelaki tidak dikenali yang berpakaian serba hitam dan memakai pelitup muka di luar pagar premis itu semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan khususnya membabitkan keselamatan kanak-kanak terutama murid yang terdedah kepada ancaman jenayah.
“Guru Besar juga dinasihatkan supaya membenarkan murid menunggu di dalam kawasan sekolah sehingga ibu bapa atau penjaga tiba untuk menjemput mereka.
“Selain itu, pengawal keselamatan sekolah diminta menjalankan pemantauan lebih ketat dengan memastikan setiap pelajar dicatat dan hanya dibenarkan keluar bersama ibu bapa atau penjaga yang sah,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Terdahulu, tular video murid Tahun Empat yang menceritakan dia didatangi lelaki tidak dikenali ketika sedang menunggu ibunya di luar sekolah semalam.
Lelaki berkenaan mendakwa bapa kanak-kanak itu meminta dia datang mengambil murid terbabit.
Kanak-kanak itu kemudiannya bertanyakan nama bapanya kepada lelaki berkenaan untuk pengesahan, namun gagal dijawab sebelum murid itu melarikan diri.
Pada masa sama, Mazlan turut meminta orang ramai segera menyalurkan maklumat kepada pihaknya sekiranya melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu.
Katanya, sebagai langkah pencegahan, beberapa panduan keselamatan disarankan kepada murid iaitu sentiasa menunggu di dalam kawasan sekolah sehingga dijemput oleh keluarga atau penjaga serta mengelak berjalan seorang diri.
“Selain itu, jika didekati orang tidak dikenali, segera menjerit dan lari ke kawasan selamat atau ke post pengawal keselamatan. Murid juga diminta menunggu di pos pengawal keselamatan jika keluarga masih belum tiba.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
“Selain itu, seluruh masyarakat disaran untuk memuat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM 2.0 sebagai salah satu saluran pantas untuk menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.
Polis tingkat kawalan, rondaan sekolah di Guchil, Kuala Krai susulan kemunculan lelaki mencurigakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.