Pekerja kilang, anggota tentera maut kemalangan berasingan di Melaka malam tadi

Pekerja kilang, anggota tentera maut kemalangan berasingan di Melaka malam tadi

Pekerja kilang, anggota tentera maut kemalangan berasingan di Melaka malam tadi

MELAKA: Seorang pekerja kilang dan anggota tentera maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Cheng Perdana dan Jalan Tangga Batu, dekat sini, malam tadi.

Kedua-dua mangsa, Ajmal Mat Ali,36, dari Taman Cheng Jaya dan Muhammad Haqimy Mohd Amin dari Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan pertama pada jam 7.25 malam membabitkan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang Ajmal dengan kereta PERODUA Axia dipandu lelaki pekerja swasta berusia 52 tahun di Jalan Cheng Perdana.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala ke Taman Cheng Perdana.

Akibat kemalangan itu, Ajmal yang pekerja kilang mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Pemandu kereta yang cedera di kepala dan tangan dirawat di zon kuning,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Christopher berkata, nahas kedua berlaku kira-kira jam 8 malam membabitkan motosikal Honda RS150 ditunggang Muhammad Haqimy dengan kereta PROTON Gen 2 dipandu lelaki pekerja swasta berusia 31 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ‎kereta itu dari arah lampu isyarat Tangga Batu menghala ke Sungai Udang, manakala motosikal dari arah bertentangan.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta itu membelok ke kanan memasuki simpang kanan dan pada masa sama, datang motosikal dari arah bertentangan yang tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


“Pelanggaran itu menyebabkan penunggang cedera di muka dan kepala serta disahkan maut di lokasi,” katanya.

Christopher berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Katanya, setakat ini pihaknya masih mengesan saksi bebas dalam kedua-dua kes bagi membantu siasatan kerana tiada rakaman papan pemuka kenderaan dan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Pekerja kilang, anggota tentera maut kemalangan berasingan di Melaka malam tadi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker