Mak cik kejar ular dalam sungai, selamba tangkap pakai tangan
Mak cik kejar ular dalam sungai, selamba tangkap pakai tangan

JAKARTA – Seorang wanita di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian pengguna media sosial kerana berjaya menangkap ular sawa dengan hanya menggunakan tangan kosong, lapor laman berita Detik semalam.
Ketua Kampung Tambangan, Ipang Filrandhi berkata, kejadian berlaku di unit kejiranan 1 Kampung Tambangan sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) semalam.
Menurutnya, ketika itu sekumpulan wanita sedang mencuci pakaian di sungai berhampiran apabila salah seorang daripada mereka merasakan seperti ular berenang pada kakinya.
“Wanita itu menjerit dan apabila Suliestyo Utami Ningsih menyedarinya, dia mula mengejar ular itu,” kata Ipang.
Aksi berani Suliestyo menerima sorakan ramai apabila mereka melihat suri rumah itu berjaya menangkap ular sawa tersebut dengan tangan kosong.
Menurut Suliestyo, dia tidak berasa panik meskipun ia kali pertama dia menangkap ular.
Reptilia sepanjang 3 meter itu dikurung di dalam sangkar sebelum diserahkan kepada bomba. – AGENSI
Seorang wanita di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.