Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan
Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan

SABAK BERNAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa lapan jam bagi membersihkan tumpahan bahan kimia di Jalan Besar Sabak Bernam, di sini selepas dua lori terbabit kemalangan, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan jam 7.13 malam.
“Menurut laporan awal, berlaku tumpahan asid nitrik dari nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan asid dan lori membawa muatan kelapa.
“Pemandu lori berusia 20-an tidak cedera,” katanya dihubungi, hari ini.
Tambahnya, sisa bahan kimia itu kemudian dibersihkan dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 2.42 pagi tadi.
Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.