Kes remaja Britain hilang: Polis percaya Balisong masih ada di negara ini
Kes remaja Britain hilang: Polis percaya Balisong masih ada di negara ini

KUALA LUMPUR: Polis percaya remaja Britain, David Balisong yang dilaporkan hilang selepas memasuki Malaysia pada awal bulan lalu, masih berada dalam negara.
Mengesahkan perkembangan itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti semua maklumat yang boleh membantu mengesan remaja berusia 17 tahun itu.
Katanya, kes disiasat pihaknya dan diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
“Siasatan awal polis mengesahkan remaja berkenaan memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dipercayai masih berada dalam negara ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Fadil menasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu untuk menyalurkannya kepada polis dengan menghubungi pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, Inspektor Hazuin Jan Abdul Hamid di talian 017-7369187
Media hari ini melaporkan, Jabatan Imigresen mengesahkan remaja Britain yang dilaporkan hilang di negara asalnya, memasuki Malaysia.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata, berdasarkan semakan rekod mendapati individu berkenaan tiba melalui KLIA, Sepang pada 7 Jun.
Semalam, media melaporkan Balisong dilaporkan hilang selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke Kuala Lumpur pada Jun lalu tanpa pengetahuan keluarganya.
Balisong dari Cheadle, Greater Manchester, ada memberitahu adiknya dia akan keluar awal untuk ke sekolah untuk menduduki peperiksaan GCE Peringkat A, pada 6 Jun lalu.
Kes remaja Britain hilang: Polis percaya Balisong masih ada di negara ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.