Kereta ‘Ghost Rider’ keluar api sambil beraksi

Kereta ‘Ghost Rider’ keluar api sambil beraksi

Kereta ‘Ghost Rider’ keluar api sambil beraksi
Kereta berwarna kuning dipandu di luar acara Bangsaen Grand Prix. – TikTok

BANGKOK – Seorang pemandu di wilayah Chon Buri didenda kerana memandu kereta dalam keadaan kenderaan itu terbakar semasa satu acara lumba, lapor laman berita Thaiger.

Acara tahunan lumba kereta Bangsaen Grand Prix (BGP) diadakan di Chon Buri dari 2 hingga Julai lalu.

Ia menarik perhatian pengunjung tempatan dan asing serta pemilik-pemilik kereta yang berkumpul di wilayah tersebut.

Namun, pada 6 Julai lalu, sebuah kereta berwarna kuning secara tiba-tiba dipandu di kawasan laluan pejalan kaki bersebalahan Pantai Bang Saen.

Kereta itu dipandu dengan perlahan sambil api marak muncul dari bahagian bonet dan merebak di atas kereta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Pengunjung dan pengguna media sosial mengecam pemandu tersebut kerana melanggar undang-undang jalan raya dan menyatakan kebimbangan mengenai potensi bahaya kebakaran.

Ini kerana terdapat banyak gerai menjual makanan jalanan, payung dan pokok kelapa dengan pelepah tergantung di sepanjang laluan itu.

Beberapa pengkritik juga menyatakan kekecewaan kepada penganjur BGP dengan menuduh mereka secara tidak bertanggungjawab membenarkan kereta lumba yang diubah suai beroperasi di ruang awam.

BGP bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa kereta itu tidak terlibat dalam acara tersebut dan pemandunya bukan peserta.

Laman Facebook R4 Racing Channel kemudian memberikan kemas kini yang menyatakan bahawa pemilik kereta mempunyai bengkel pembaikan dan pengubahsuaian kenderaan.

Dia membawa kenderaan yang diubah suai itu ke Bang Saen untuk dipamerkan kepada orang ramai di acara tersebut.

Lelaki berkenaan dilaporkan menyerah diri kepada polis dan membayar denda atas kesalahan itu, namun tidak dinyatakan jumlah denda yang dibayar. – AGENSI

Kereta ‘Ghost Rider’ keluar api sambil beraksi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker