Imigresen selamatkan 14 gadis asing di premis pelacuran, ada dakwa ‘dijual’ teman lelaki

Imigresen selamatkan 14 gadis asing di premis pelacuran, ada dakwa ‘dijual’ teman lelaki

Imigresen selamatkan 14 gadis asing di premis pelacuran, ada dakwa 'dijual' teman lelaki

Jabatan Imigresen Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan 14 gadis warga asing disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks selepas menyerbu sebuah premis pelacuran di Jalan Petaling, semalam. – Foto Imigresen KLKUALA LUMPUR: Empat belas gadis warga asing disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen yang menyerbu sebuah premis pelacuran di Jalan Petaling, di sini semalam.

Mereka yang diselamatkan berusia 18 hingga 36 tahun, terdiri 10 warga Bangladesh, tiga India dan seorang Indonesia.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata Op TIP yang bermula kira-kira jam 1.15 tengah hari dijalankan sepasukan anggotanya hasil maklumat risikan.

“Difahamkan, ada mangsa mendakwa ‘dijual’ oleh teman lelaki selepas berpisah untuk tujuan eksploitasi seks di premis terbabit. Ketika serbuan, terdapat beberapa pelanggan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan dipercayai penjaga premis untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Premis itu beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam dengan pelanggan datang secara walk in. Semasa serbuan, terdapat 16 pelanggan lelaki terdiri warga Nepal, Bangladesh dan Myanmar,” katanya.

Wan Mohammed Saupee berkata, setiap pelanggan dipercayai dikenakan bayaran sekitar RM60 untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit.

Beliau menegaskan operasi itu menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI) 2.0.

“Jabatan Imigresen sudah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan mengikut Akta ATIPSOM 2007,” katanya.

Imigresen selamatkan 14 gadis asing di premis pelacuran, ada dakwa ‘dijual’ teman lelaki

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker