Ulat keluar daripada kulit lelaki
Ulat keluar daripada kulit lelaki

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Chiang Rai, Thailand meminta bantuan pasukan kecemasan selepas mengalami keadaan aneh di mana serangga menyerupai ulat muncul daripada kulitnya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Lelaki berusia 59 tahun itu menghubungi anggota-anggota penyelamat dari Yayasan Thap Yang bagi membantu mencari penawar simptom aneh yang dialaminya.
Semasa berada di hutan mencari rebung, dia dikerumuni oleh serangga tidak dikenali yang berkumpul di sekeliling kepala dan badan, menyebabkan lelaki tersebut segera meninggalkan kawasan itu
Dua hari kemudian, dia mengalami gatal-gatal yang teruk di seluruh kepala dan badannya.
Apabila menggaru, dia melihat terdapat ulat putih muncul dari pelbagai bahagian tubuhnya, termasuk kulit, lipatan kuku, sudut mata dan alat sulitnya.
]Salah seorang penyelamat dikenali sebagai Noom Phayayom berkongsikan kisah lelaki itu di Facebook dan dengan pantas menarik perhatian netizen Thailand.
Ramai pengguna media sosial melahirkan kebimbangan dan simpati, manakala yang lain menggesa lelaki itu mendedahkan lokasi sebenar hutan tersebut supaya mereka dapat mengelak daripada memasukinya.
Menurut laman berita Chiang Mai News, lelaki itu kini dirawat di sebuah hospital. – AGENSI
Ulat keluar daripada kulit lelaki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.