Remaja lelaki tergelincir di sungai ditemukan lemas

Remaja lelaki tergelincir di sungai ditemukan lemas

Remaja lelaki tergelincir di sungai ditemukan lemas
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat Mohamad Isyraf Danish di Sungai Kuantan. – Foto NSTP/Muhammad Delima Atan

KUANTAN: Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan tergelincir ke dalam Sungai Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Talam di sini, semalam ditemukan lemas hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata mayat Muhammad Isyraf Danish Razmi ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.40 tengah hari.

Katanya, penemuan mangsa kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai, petang semalam.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan laporan, Mohamad Isyraf Danish dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang sedang memancing bersama rakannya dipercayai turun ke tebing untuk menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang.

Polis menerima maklumat kira-kira jam 7.30 petang dan segera menggerakkan operasi SAR bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 

Remaja lelaki tergelincir di sungai ditemukan lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker