Pemain warisan Harimau Malaya, Machuca julang trofi di Argentina

Pemain warisan Harimau Malaya, Machuca julang trofi di Argentina

Pemain warisan Harimau Malaya, Machuca julang trofi di Argentina
MACHUCA Bantu Velez Rangkul Supercopa. -FOTO Agensi

Kuala Lumpur: Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca merasai nikmat menjulang trofi pertama dalam karier bola sepak profesionalnya apabila membantu Velez Sarsfield menewaskan Estudiantes 2-0 dalam aksi final Supercopa Internacional, pagi tadi.

Supercopa Internacional adalah pertandingan membabitkan juara Argentine Primera Division dan juara Trofeo de Campeones.

Edisi kali ini menyaksikan Velez dan Estudiantes masing-masing hadir dengan status bergelar juara liga dan Trofeo de Campeones edisi 2024.

Machuca, 25, yang dipinjamkan ke Velez pada Januari lalu, beraksi cemerlang sepanjang 76 minit di atas padang.

Pemain yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia itu turut memainkan peranan penting dalam gerakan yang membawa kepada jaringan pembukaan pasukannya, menerusi rembatan Tomas Galvan pada minit ke-52.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Gol itu nyata membakar semangat Velez apabila peledak utama mereka, Braian Romero menggandakan kedudukan pada minit ke-73 untuk memastikan kemenangan milik El Fortin.

Machuca antara lima pemain warisan terbaharu yang menyertai skuad Harimau Malaya dan berjaya menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan lalu.

 

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca merasai nikmat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker