Mayat mangsa serangan buaya di Limbang ditemui

Mayat mangsa serangan buaya di Limbang ditemui

Mayat mangsa serangan buaya di Limbang ditemui
Pasukan SAR membawa mayat mangsa serangan buaya yang ditemui di Limbang, hari ini. IHSAN JBPM

KUCHING: Mayat lelaki yang dilaporkan disambar buaya ketika memancing di tebing sungai di Kampung Pandam, Limbang di utara Sarawak, ditemui hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata mangsa, Karim Osman, 58, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 2.28 petang.

Menurutnya, mayat yang dalam keadaan sempurna ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi pos kawalan bomba (PKB).

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, JBPM menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang pada jam 3.13 petang semalam, selepas menerima laporan kehilangan mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang diarah ke lokasi yang terletak 63 kilometer sejurus menerima panggilan itu.

Ia adalah kes serangan buaya kedua di Sarawak terhadap pemancing di Sarawak dalam tempoh 10 hari.

Pada 27 Jun lalu, seorang buruh, Jacob Tuan, 32, disambar buaya ketika memancing di tebing sungai di Jalan Matang, Kuching.

Mayatnya ditemui pasukan SAR pada jam 12.30 tengah hari keesokannya pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi dia dikatakan disambar buaya itu.

Berikutan serangan terbaru reptilia itu terhadap manusia di Limbang, ada pihak tampil dengan dakwaan bahawa kerajaan Sarawak tidak serius menangani isu konflik buaya dan manusia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini menyangkal dakwaan itu sambil menjelaskan sejak beberapa tahun lalu, pelbagai langkah proaktif telah dilaksanakan antaranya menjalankan operasi penangkapan buaya di kawasan hotspot dan memasang papan tanda amaran di lokasi berisiko.

SFC turut menjalankan program kesedaran bersama komuniti kampung mengenai keselamatan di kawasan sungai dan menyediakan talian aduan untuk melaporkan kehadiran buaya secara terus.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan tinjauan habitat dan pemantauan populasi yang dilaksanakansecara berterusan oleh SFC, kini dianggarkan populasi buaya di seluruh Sarawak mencecah kira-kira 25,000 ekor.

“Taburan buaya yang meluas di lebih 4,500 kilometer sistem sungai membabitkan 40 lembangan utama negeri ini sememangnya menjadicabaran besar, terutamanya dalam memastikan keselamatan masyarakat yang tinggal dan menjalankan aktiviti harian berhampiran sungai.

Justeru, sebagai langkah bersepadu dan berterusan untuk menangani isu ini, SFC turut melaksanakan beberapa inisiatif utama antaranya penubuhan Divisional Task Force Buaya di setiap Bahagian untuk menyelaras tindakan segera terhadap aduan dan kejadian membabitkan buaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


“SFC juga melancarkan Sarawak Croc Watch iaitu aplikasi mudah alih ini membolehkan orang awam melaporkan penemuan atau kejadian melibatkan buaya secara terus kepada SFC dengan capaian masa nyata.

“Mengeluarkan lesen memburu buaya secara terkawal bagi tujuan kawalan populasi buaya, dengan syarat-syarat ketat berdasarkan penilaian saintifik dan

lokasi berisiko,” katanya.

Selain itu, SFC turut menggalakkan industri pemerdagangan hasil buaya yang sah seperti kulit dan daging buaya, sekali gus menyumbang kepada kawalan

populasi serta menambah pendapatan komuniti.

Kawasan penyingkiran buaya (CRZ) diwujudkan di kawasan berisiko tinggi di mana buaya akan ditangkap atau dipindahkan bagi mengurangkan risiko kepada penduduk.

Selain itu, pelan pengurusan buaya Sarawak jangka panjang dibangunkan bersama perunding antarabangsa dari Australia, membabitkan pendekatan saintifik, pemantauan sistematik dan penglibatan komuniti.

Kerajaan Sarawak turut menggubal undang-undang khas, Crocodile Rule 2025 yang direka bagi memperkukuhkan kawal selia dan pengurusan populasi buaya di Sarawak, termasuk aspek pemantauan, penguatkuasaan dan pemerdagangan.

 

Mayat mangsa serangan buaya di Limbang ditemui

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker