Kuota pemain asing atas padang dikurangkan kepada 6 orang

Kuota pemain asing atas padang dikurangkan kepada 6 orang

Kuota pemain asing atas padang dikurangkan kepada 6 orang
HANYA enam pemain import kini dibenarkan di atas padang. -FOTO Arkib

Kuala Lumpur: Liga Malaysia bakal menyaksikan sedikit perubahan musim depan apabila kuota pemain asing di atas padang dikurangkan kepada enam pemain berbanding tujuh seperti diumumkan sebelum ini.

Perkara itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-14 bagi Penggal 2021-2025, yang menyifatkan pindaan itu dibuat selepas mengambil kira keseimbangan antara pembangunan pemain tempatan dan tarikan saingan liga.

Menerusi kenyataan rasmi, MFL memaklumkan bahawa format baharu ini menetapkan komposisi pemain asing 6+3 (termasuk simpanan) iaitu empat pemain terbuka, satu pemain Asia dan satu dari negara Asean. Sebelum ini, ia adalah 7+2 dengan dua wakil dari Asean.

“Keputusan ini diharap memberi ruang lebih luas kepada pemain tempatan untuk menyerlah dan bersaing dalam kesebelasan utama,” kata MFL dalam kenyataan berkenaan.

MFL menjelaskan ia bergantung kepada strategi pasukan serta kemampuan kewangan masing-masing terutama dengan penguatkuasaan Peraturan Kewangan Adil (FFP) musim ini.

Melalui mekanisme baharu itu, setiap kelab hanya dibenarkan membelanjakan maksimum 80 peratus daripada bajet tahunan untuk pembayaran gaji termasuk kepada pemain import.

Dalam masa sama, MFL turut menegaskan bahawa walaupun pemain import penting untuk meningkatkan mutu saingan dan menarik minat penonton, pembangunan pemain tempatan tetap menjadi agenda utama untuk memperkasa skuad Harimau Malaya.

Difahamkan juga, antara sebab pengurangan kuota itu ialah kerana kelab berpandangan kehadiran lebih ramai pemain Asean sebelum ini tidak memberikan impak besar kepada prestasi pasukan.

Langkah ini dijangka memberi kesan langsung kepada taktikal dan struktur skuad beberapa pasukan yang kini perlu menyesuaikan semula perancangan mereka menjelang sepak mula musim 2025-2026 tidak lama lagi.

Kuota pemain asing atas padang dikurangkan kepada 6 orang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker