Penyokong Man United panas telinga Rashford sebut Anfield

Penyokong Man United panas telinga Rashford sebut Anfield

Penyokong Man United panas telinga Rashford sebut Anfield
RASHFORD tidak lagi mendapat tempat dalam kesebelasan United. FOTO AFP

London: Marcus Rashford menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong Manchester United ketika dia ditanya mengenai ‘atmosfera terbaik’ di stadium lawan selain Old Trafford.

Rashford kini menjadi subjek spekulasi perpindahan yang hangat memandangkan masa depannya dilaporkan tidak lagi bersama Man United.

Dia diberikan kebenaran untuk melapor diri ke latihan pramusim lewat pada Julai bagi membolehkannya menyelesaikan urusan perpindahan. Dia antara lima pemain yang dilaporkan meminta untuk meninggalkan kelab musim panas ini.

Man United juga menarik balik jersi nombor 10 miliknya dan menyerahkannya kepada pemain baharu, Matheus Cunha, dengan pemain antarabangsa England itu dikatakan menyatakan ketidakpuasan hatinya.

Ini sekaligus menafikan kemungkinan perpindahan ke Liverpool, walaupun Rashford sebelum ini pernah memuji Anfield sebagai ‘atmosfera terbaik’ untuk stadium lawan.

Ketika ditanya mengenai stadium lawan terbaik yang pernah dilawatinya, Rashford menjawab: “Dari segi suasana? Anfield. Ya, saya sudah beberapa kali ke Anfield.”

Memandangkan permusuhan sengit antara dua kelab bersejarah England itu, penyokong Man United jelas tidak senang dengan kenyataan Rashford mengenai Anfield.

Seorang pengguna X menulis: “Posisi sayap kiri tu milik awak kalau nak.”

Seorang lagi menambah: “£5 juta (RM28 juta) dan kamu boleh ambil dia.”

Jika Rashford mengikut kehendaknya sendiri, dia tidak akan bermain di Anfield musim depan melainkan pasukan baharunya bertemu Liverpool dalam kejohanan Eropah.

Ini kerana dia dilaporkan berminat untuk berpindah ke Barcelona, yang dikatakan ‘mahu mencuba sekali lagi’ untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Penyokong Man United panas telinga Rashford sebut Anfield

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker